Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Mohd. Rani Hisham Samsudin berkata, kelewatan pembangunan hartanah di atas tanah miliknya berdekatan stesen-ste­sen kereta api Lembah Klang itu adalah ekoran beberapa isu termasuk kekangan kewangan.

“Kita sedang mengatasi ma­salah itu dengan melihat sumber-sumber lain untuk suntikan kewangan.

“Mungkin kita akan mulakan awal tahun hadapan,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan dengan Majlis Penasihat Kerajaan di Menara Ilham di sini hari ini.

Projek pembangunan hartanah berke­naan meru­pakan satu daripada inisiatif bagi meningkatkan pendapatan dalam segmen bukan pengangkutan.

Mengenai prestasi perkhidmatan itu, Mohd. Rani berkata, KTMB telah menunjukkan peningkatan dalam metrik operasi dan yakin akan dapat terus meningkatkan kecekapan dengan menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna.

“Kami juga dalam usaha me­ningkatkan perkhidmatan penumpang dan kargo,” ujarnya.

Mengenai kedudukan kewa­ngan pul, Mohd. Rani berkata, KTMB masih mampu menguruskan a­liran tunai meskipun dalam situasi semasa yang sedikit  ‘ketat’.

Sebelum ini KTMB dilaporkan mencatatkan kerugian terkumpul RM2.9 bilion bagi tahun kewa­ngan berakhir 31 Disember 2017.