Pengurus Produk PG Jewel, Xinlyn Yap berkata, sasaran ju­alan itu boleh dicapai berdasarkan sambutan menggalakkan daripada orang ramai memandangkan mereka kini semakin selesa dan yakin untuk membeli barangan kemas melalui dalam talian.

Malah, katanya, sejak mula dijual menerusi laman web dan aplikasi PG Mall pada Ogos lalu, barangan kemas di bawah jenama PG Jewel setakat ini mencatat jualan sebanyak RM2 juta.

Tambah beliau, ketika ini, terdapat lebih 1,000 reka bentuk barang kemas dijual menerusi PG Mall terdiri daripada gelang, anting-anting, rantai, cincin dan banyak lagi dengan harga serendah RM100 pada harga RM160/gm (hari ini).

“Menjelang hujung tahun depan, kami menyasarkan untuk menjual 5,000 reka bentuk barang kemas menggunakan emas 916 ini bagi memberi lebih pilihan kepada orang ramai,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ditanya mengenai ke­selamatan memandangkan barang kemas itu dijual secara dalam talian, Xinlyn berkata, pihaknya memandang serius perkara berkenaan termasuk memastikan perlindungan sepenuhnya kepada pelanggan.

Tambah beliau, selain menggunakan khidmat kurier yang diyakini, barang kemas yang dibeli pelanggan juga dilindungi dengan insurans sepenuhnya.

Sebagai langkah promosi kepada pengalaman membeli-belah barang kemas dalam talian, katanya, PG Mall turut menawarkan pelbagai diskaun menarik kepada pelanggan termasuk penghantaran pos percuma di seluruh negara.

“Turut ditawarkan adalah pulangan wang 0.5 peratus bagi setiap pembelian serta diskaun RM5 kepada mereka yang pertama kali membeli-belah di PG Mall,” katanya.

Ujarnya, orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan barang kemas yang dijual itu menerusi laman sosial Facebook PG Jewel atau platform beli-belah online PG Mall di www.pgmall.my.