Pejabat Perdana Menteri da­lam satu kenya­taan hari ini berkata, Wan Zul­kiflee mempunyai­ pengalaman yang luas dalam industri minyak dan gas negara, dan beliau telah berkhidmat dengan syarikat minyak dan gas nasional itu selama lebih daripada tiga dekad.

“Pengalaman meluas Wan Zulkiflee serta kejayaan beliau memimpin Pe­tronas mengharungi­ pelbagai cabaran da­lam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini akan memastikan Petronas terus menunjukkan prestasi yang cemerlang, seterusnya menyumbang kepada kemakmuran rakyat­ dan negara,” kata Pejabat Perdana Menteri.

Wan Zulkiflee mula dilantik memegang jawatan tersebut pada 1 April 2015. – BERNAMA