Pengerusi Petron, Ramon S. Ang berkata, jumlah jualan dalam tempoh itu mencapai 35.5 juta tong, naik dua peratus daripada 34.9 juta tong yang dijual pada tahun sebelumnya.

Katanya, syarikat telah menjalani penyelenggaraan berkala bagi Loji Penapisan Port Dickson pada Oktober lalu yang telah mengurangkan pengeluaran produk eksport Residu Sulfur Rendah (Low Sulfur Waxy Residue) dan Naphtha.

“Walaupun persekitaran perniagaan mencabar, kami terus memberi tumpuan kepada pengukuhan segmen yang bernilai tinggi seperti runcit. Kami juga memberi keutamaan kepada program-program yang bertujuan menjangkau lebih banyak pelanggan sambil meningkatkan pengalaman pelanggan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE