Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Syed Md. Najib Syed Md. Noor berkata, ia disebabkan oleh penurunan perolehan perkhidmatan pos susulan kejatuhan jumlah mel sebanyak dua angka dalam jumlah mel.

Katanya, penurunan perolehan juga berikutan perniagaan logistik susulan tamatnya projek besar.

“Kumpulan juga mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM13.02 juta berbanding RM9.48 juta yang dicatatkan pada suku sama 2017.

“Keadaan operasi kekal mencabar bagi kumpulan Pos Malaysia secara keseluruhan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE