Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn. Bhd., Datuk Dr. Zahari Husin berkata, inisiatif itu adalah sebagai persediaan pelaksanaan kadar sifar GST pada 1 Jun ini.

“Perodua akan mengembalikan semula setiap bayaran GST bagi pembelian kenderaan baharu, bahagian gantian atau servis, secara tunai.

“Inisiatif rebat GST ini mewakili komitmen kami kepada pelanggan untuk sentiasa mementingkan mereka dalam segala aspek.

“Sila lawati mana-mana 179 cawangan jualan rasmi Perodua di seluruh negara untuk mendapatkan maklumat lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Dr. Zahari, bagi pe­langgan yang melakukan urus niaga hari ini atau 18 Mei, Pero­dua akan membayar semula dalam bentuk e-baucar yang sah bermula 1 Jun ini.

“Bermula esok atau 19 Mei, pelanggan akan segera menerima rebat tunai enam peratus bagi setiap servis kenderaan.

“Bagi pihak Perodua, saya i­ngin merakamkan setinggi penghargaan kepada semua pe­langgan atas sokongan berterusan mereka selama ini,” katanya.

Tambah beliau, jumlah rebat GST adalah berdasarkan kepada harga bersih kenderaan tanpa aksesori GearUp, insurans dan perbe­lanjaan jualan lain.

Rebat GST itu adalah berbeza antara model daripada terendah Axia 1.0 Standard E MT, RM1,345, sehingga Alza 1.5 AV AT, RM3,572.