Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Perodua kekal sasaran jualan

Dr. Zahari Hussin mengetuai acara pelepasan Perodua Media Drive 3
Dr. Zahari Hussin mengetuai acara pelepasan Perodua Media Drive 2017 ke Kuala Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU 19 Mei – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) mengekalkan sasaran jualan kenderaannya sebanyak 202,000 buah tahun ini mengambil kira pasaran industri automotif yang semakin mencabar.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, bagi empat bulan pertama tahun ini, sebanyak 64,700 buah kenderaan berjaya terjual iaitu peningkatan 4.1 peratus daripada 62,100 buah tempoh sama tahun lalu.

Menurut beliau, untuk tempoh tersebut juga, semua kenderaan Perodua juga adalah model paling laris dalam segmen masing-masing dengan Axia sebanyak 22,000 buah berjaya terjual, Bezza (19,500), Myvi (13,900) serta Alza (9,300).

“Meskipun prestasi antara Januari hingga April tahun ini mencatatkan peningkatan berbanding tempoh sama tahun lepas, kami kekal berhati-hati dari segi sasaran jualan disebabkan oleh persekitaran semasa yang mencabar.

“Kami berpendirian untuk mengekalkan sasaran jualan sebanyak 202,000 ini kerana tidak mahu kelihatan terlalu bercita-cita tinggi,” katanya ketika ditemui sempena penganjuran Perodua Media Drive 2017 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn. Bhd., Datuk Dr. Zahari Husin dan Naib Presiden Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad.

Sementara itu, Aminar turut mengumumkan pemberian semula pertama kempen keselamatan jalan raya jangka panjangnya, ‘Muhibah di Jalan Raya’ dengan pemeriksaan percuma bagi sebanyak 500 buah kenderaan di 182 pusat servis Perodua di seluruh negara.

Kata beliau, kempen itu yang terlebih dahulu memerlukan sebanyak 500 pelanggan memuat naik gambar atau video dengan tanda ‘OK’ pada Facebook atau Instagram telah bermula pada Februari lalu bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina.

“Kami percaya kemalangan jalan raya adalah berpunca daripada penggunanya sendiri, jadi kami di Perodua berhasrat untuk mengubah perkara itu dengan mengadakan komuniti dalam talian yang mahukan perubahan positif di jalan raya,” ujarnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain