MAHB dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia berkata, perjanjian berkenaan terbatal apabila pihak pembeli gagal melaksanakan tanggungjawabnya mengikut terma-terma perjanjian sehingga 31 Disember 2018.

GMR merupakan pemegang saham terbesar GHIAL dengan pegangan sebanyak 63 peratus sementara Airports Authority of India (13 peratus), kerajaan negeri Telangana (13 peratus) dan MAHB (11 peratus).

MAHB pada 2 Februari 2018 memasuki perjanjian dengan GMR untuk melupuskan 11 peratus kepentingannya kepada syarikat itu dengan nilai AS$76.05 juta (RM314.92 juta). - UTUSAN ONLINE