Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

RAMAI rakan Facebook Cikgu Saham bertanya mengenai perisian carta yang baik untuk menyaring saham-saham berpotensi naik? Selain daripada menggunakan perisian carta Bloom­berg, saya juga menggunakan perisian carta Bursa Station. Ia meru­pakan perisian carta syarikat tempatan yang yuran bulanannya agak murah. Penyari­ngan tersebut juga berdasarkan harga terkini seiring dengan waktu pasaran didagangkan.

Terdapat banyak perisian carta tempatan mahupun dari syarikat luar negeri tetapi oleh kerana saya telah muat turun di komputer riba yang memudahkan saya melihat pergerak­an saham pada bila-bila masa, maka saya akan terangkan serba sedikit fungsi-fungsi serta cara bagaimana untuk menggunakan perisian carta ini.

Anda boleh memuat turun dahulu untuk tempoh percubaan selama 14 hari dengan mendaftar di www.bursastation.com. Dalam masa tempoh percubaan ini, anda perlu memahirkan diri meneroka fungsi-fungsi serta membaca dan mengkaji maklumat-maklumat yang disediakan.

Sekiranya pembaca mendapati perisian ini bermanfaat dan dapat membantu dalam membuat kajian serta saringan saham berpotensi dengan mudah dan berkesan, pembaca boleh membuat keputusan untuk me­langgan terus sama ada untuk tempoh enam bulan atau setahun. Anda juga tidak perlu risau kerana boleh belajar menggunakan perisian carta ini melalui pembelajaran dalam talian yang disediakan. Di samping itu, anda juga akan menerima emel tentang seminar atau kursus serta lain-lain berita bursa.

Data-data atau maklumat yang diberikan di dalam perisian carta ini merangkumi kaedah analisis teknikal, fundamental serta beberapa indeks pasaran saham dunia. Walau bagaimanapun, indeks pasar­an saham dunia memberikan pembacaan lewat 15 minit.

Saringan kaunter-kaunter ber­­potensi boleh dipilih daripada senarai yang diberikan. Sebagai contoh, saringan dibuat ke atas kaunter-kaunter yang berada di senarai teratas, kaun­ter-kaunter utama atau saringan ke atas saham Warrant utama.

Jika anda memilih saringan berdasarkan indikator analisis teknikal, indikator-indikator seperti harga, Moving Average, Moving Average Convergence Divergence, Bollinger Band, Parabolic SAR dan sebagainya ada disediakan. Untuk sari­ng­an menggunakan batang lilin (candlestick), beberapa saringan berdasarkan bullish engulfing, bullish hammer, bullish harami ada disertakan juga.

Saringan menggunakan ana­lisis fundamental pula seperti nisbah kewangan, latar belakang syarikat tersenarai, carta sejarah pergerakan harga saham, carta harian, carta dinamik analisis teknikal juga diberikan untuk memudahkan pedagang dan pelabur saham membuat kajian saham.

Pedagang saham juga boleh membuat penyaringan kaun­ter-kaunter berpotensi naik dalam kategori saham-saham aktif berdasarkan jumlah dagangan, dan lain-lain lagi. Selain daripada itu, pembaca yang mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang analisis teknikal serta mahir melukis garisan trend (trendlines) boleh membuat lakaran garisan trend untuk meramal kenaikan atau penurunan harga sesuatu saham syarikat tersenarai atau indeks pasaran FBMKLCI.

Maklumat berkenaan sesebuah syarikat tersenarai juga diberikan seperti penyata kewangan, aktiviti pelupusan atau pembelian saham syarikat tersenarai oleh pemegang saham utama dan sebagainya.

Untuk menyaring saham-saham berpotensi naik, anda boleh menggunakan perisian ini dengan saringan secara te­rus berdasarkan harga semasa mahupun selepas pasaran ditutup. Anda tidak perlu me­nunggu pasaran ditutup untuk membuat saringan atau kajian seperti sesetengah perisian. Ini disebabkan data-data adalah berdasarkan harga terkini atau harga semasa pasaran saham sedang diurus niagakan.

Perlu diingatkan juga, anda dinasihatkan membuat urus niaga di atas kertas (paper trade) terlebih dahulu sebelum membuat pembelian saham. Ini ialah kerana saringan yang diberikan ada beberapa kaedah dan indikator. Anda perlu mengenal pasti pendekatan yang mana satukah merupakan teknik atau saringan terbaik dan terpantas mengenai signal kenaikan sesuatu saham syarikat tersenarai.

Untuk memberikan penjelasan, anda boleh bermula dengan saham-saham yang berada di gelanggang saham-saham aktif. Lihat senarai kaunter yang terpapar setelah penyaringan dibuat dan tunggu sehingga waktu urus niaga pasaran tutup iaitu pada 5 petang. Lakukan perkara ini selama seminggu dan kemudian beralih pula dengan saringan menggunakan lain-lain indikator atau kaedah yang terdapat pada perisian ini.

Buat rumusan dan catatkan pendekatan atau saringan manakah yang paling berkesan atau memberi isyarat pergerakan menaik paling cepat.

PEMBACA yang ingin mempelajari penyaringan saham menggunakan 
perisian boleh mendaftar di https://goo.gl/forms/Yzc7BID4wwAqoq2I1 atau emel [email protected]

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain