* Cara-cara untuk menyenaraikan perniagaan di halaman pertama mesin pencarian

» Menggunakan kata kunci yang relevan

Antara cara efektif untuk meningkatkan peluang anda dimasukkan ke halaman utama mesin pencarian adalah menggunakan kata kunci yang kerap digunakan. Ini adalah strategi iPrice Malaysia untuk menjana trafik lawatan yang tinggi ke laman web mereka.

Ketika seseorang menggunakan mesin pencarian untuk mendapatkan maklumat tentang sesuatu produk yang diingini, mereka akan menggunakan beberapa kata kunci penting untuk mencari produk tersebut.

Contohnya, jika mereka mahu mengetahui harga iPhone 7 di Malaysia, kata kunci seperti ‘harga iPhone 7 di Malaysia’, ‘iPhone 7 price in Malaysia’ akan digunakan.

Dengan pengetahuan ini, para penulis kandungan di iPrice Malaysia akan menganalisis kata kunci yang kerap digunakan melalui perisian yang boleh didapati secara percuma dalam talian seperti Google Keyword Planner dan MozPro Tool.

Kemudiannya, mereka me­nggunakan kata-kata kunci tersebut semasa menulis tentang produk berkaitan dan dimuat naik ke laman web syarikat tersebut. Setelah maklumat itu dimuat naik dan apabila para pengguna mencari produk menggunakan kata kunci berkaitan menggunakan Google mi­salnya, laman iPrice akan tertera di muka pertama mesin pencarian berkenaan.

» Menganalisis taktik yang digunakan pesaing

Setelah mengenal pasti kata kunci yang kerap digunakan oleh para pengguna, langkah seterusnya ialah menganalisis strategi yang digunakan oleh pesaing utama. Anda perlu mengenali kata kunci yang digunakan dalam strategi SEO mereka sama ada berkesan atau tidak.

Perisian seperti MozPro Tool membekalkan maklumat yang penting seperti Domain Authority (DA) dan Page Authority (PA) - maklumat tentang keberkesanan laman web tersebut dan kedudukannya di mesin pencarian. Dengan ini, anda akan dapat tahu posisi perniagaan anda berbanding dengan pesaing.

Kesimpulannya, SEO meru­pakan langkah yang sangat efektif untuk memberi pendedahan kepada perniagaan yang anda perlukan. Jikalau anda masih lagi menggunakan kaedah konvensional seperti pengiklanan, anda kemungkinan terlepas banyak peluang keemasan untuk memajukan perniagaan e-dagang.

* Merekrut pakar SEO

Membuat laman web yang dioptimumkan untuk enjin carian adalah inisiatif jangka panjang yang sangat bermanfaat. Hari ini, sebilangan besar pengguna mencari ulasan produk, ulasan umum dan maklumat di internet sebelum membuat keputusan pembelian.

Walaupun tapak web anda boleh muncul di atas hasil carian melalui iklan, pengguna mele­takkan kepentingan tinggi pada hasil carian organik. Ini kerana pengguna kadang-kadang mencari keputusan yang relevan, memberi ulasan adil dan komen mengenai perkara yang dicari.

Sebagai contoh, pengguna mencari telefon pintar yang terbaik biasanya akan mencari maklumat dan ulasan yang adil mengenai produk melalui artikel ulasan produk. Pengguna hari ini adalah pengguna kritikal yang mengambil kira maklum balas positif dan negatif untuk memastikan wang mereka dibelanjakan secara bijak.

Oleh itu, ia adalah satu rangsangan besar kepada platform e-dagang yang dapat memaparkan maklumat mencari kepada pengguna dengan cara paling berkesan kerana ini akan mempercepatkan proses membuat keputusan pembelian.

* Mengikuti perubahan dan isu semasa dalam SEO

Arena SEO sentiasa berubah. Sebagai contoh, enjin carian Google sentiasa mengubah algoritma untuk berkhidmat lebih kepada pengguna. Ia sentiasa memperbaiki platformnya untuk menjadikan hasil carian mereka lebih tepat.

Disebabkan ini, penting bagi perniagaan untuk bersaing de­ngan perubahan dan memastikan mereka dapat memperhalusi platform dalam talian mengikut keperluan enjin carian.

Seseorang yang pakar dalam SEO sejak 10 tahun lalu tidak semestinya pakar pada hari ini, justeru, penting bagi seseorang yang mempunyai minat dalam pengkhususan SEO untuk sentiasa membaca berita supaya mereka dapat menganalisis dan mengikuti landskap SEO hari ini.

Terdapat banyak laman web yang mendakwa sebagai ahli SEO, namun tidak semuanya boleh dipercayai. Antara laman web yang paling dipercayai adalah laman web seperti searchenginejournal.com, seoroundtable.com dan moz.com/blog.

Malah, ada juga beberapa laman web di Malaysia yang boleh diikuti oleh perniagaan tempatan, antaranya, marketinginasia.com dan majalahniaga.com.

Jeremy Chew adalah Ketua Pemasaran Kandungan di iPrice Group Malaysia (https://iprice.my)