HLA FiT adalah aplikasi kecergasan pertama di Malaysia yang dilengkapi dengan Model Usia Biologi (Biological Age Model) bersepadu untuk memperkasakan rakyat Malaysia supaya kekal aktif dan mendapat ganjaran untuk gaya hidup lebih sihat yang mereka jalani.

HLA FiT disertakan dengan pelan insurans HLA FiT Cl yang menggabungkan platform digital hujung ke hujung, yang merangkumi e-pendaftaran dan e-kontrak sehingga perkhidmatan selepas jualan, untuk pengalaman pengguna yang efisien.

"Pencapaian yang mengagumkan ini terus memperkukuhkan hakikat bahawa lebih ramai rakyat Malaysia menunjukkan keinginan yang semakin tinggi untuk menjalani gaya hidup yang lebih sihat sambil menerima perlindungan hayat yang mencukupi.

"Di HLA, kami memberikan keutamaan kepada inovasi di dalam perniagaan kami, dan HLA FiT menunjukkan dengan lebih jelas yang kami sentiasa mencari cara inovatif untuk menyediakan penyelesaian insurans terbaik untuk para pelanggan kami,” kata Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLA, Loh Guat Lan.

Beliau dalam satu kenyataan semalam berkata, pihaknya amat gembira kerana HLA FiT CI telah mengatasi jangkaan dengan menjual lebih 1,000 polisi hanya dalam 10 hari selepas pelancaran.

HLA FiT benar-benar mengubah corak permainan untuk Hong Leong Assurance, kerana pelan ini bukan sahaja memberikan perlindungan, malah ia memperkasakan pelanggan untuk menjalani gaya hidup yang lebih aktif dan memberi ganjaran untuknya, tambah beliau. - UTUSAN ONLINE