Menurut SC, skim pertama berkaitan dengan Kahar Mohd. Tahir manakala skim kedua melibatkan Mohd. Faizal Jamaludin. Kedua-duanya didapati menjalankan aktiviti pengurusan dana tanpa lesen.

Katanya, siasatan SC menunjukkan dua individu itu mendapatkan wang secara tidak sah daripada orang ramai antara Februari dan Disember 2015, dengan maksud untuk melabur dalam skim dagangan niaga hadapan dan ekuiti.

“Berikutan sekatan pentadbiran yang dikenakan terhadap kedua-dua individu tersebut, proses untuk pengembalian wang telah dimulakan pada Oktober 2016 dan April 2018 bagi kes Kahar dan Faizal.

“Sehingga September 2018, sejumlah RM854,173.20 telah diperoleh daripada kedua-dua individu itu untuk tujuan pemulangan kepada pelabur yang layak.

Setakat ini, SC berjaya memulangkan sebanyak RM744,844.30 kepada 25 pelabur yang terjejas. - UTUSAN ONLINE