mbsb
 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MBSB Group, Datuk Seri Ahmad Zaini Othman berkata, prestasi positif itu dibantu rosot nilai yang lebih rendah yang mampu menimbal balik (offset) perbelanjaan operasi yang tinggi.

Menurut beliau, kumpulan merekodkan pendapatan sebanyak RM3.15 bilion tahun lalu dengan pendapatan suku keempat sebanyak RM750.35 juta.

“Margin untung bersih kumpulan berada pada 3.06 peratus pada tahun kewangan 2018 yang mana sebahagian besar disumbangkan oleh pembiayaan peribadi, korporat dan portfolio pasaran global. Sebanyak 95 peratus pendapatan 2018 datangnya daripada perniagaan sedia ada dan bakinya menerusi penawaran baharu.

“Ini selari dengan jangkaan kami yang telah memberi tumpuan terhadap masa dan sumber dalam membina infrastruktur perbankan. Usaha ini membolehkan syarikat meningkatkan keupayaan baharu antaranya perbankan internet untuk sektor korporat dan runcit, SWIFT dan RENTAS serta mesin pengeluaran wang automatik,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Ahmad Zaini, pinjaman dan pembiayaan kasar meningkat daripada RM34.20 bilion kepada RM35.17 bilion pada tahun kewangan 2018.

Katanya, aset kumpulan pula berada pada RM45.42 bilion konsisten dengan RM46.40 bilion yang dicatatkan pada suku ketiga 2018.

“Pengembangan perniagaan dalam segmen korporat terus mengukuhkan nisbah komposisi aset antara peruncitan dan korporat kepada 75:25 berbanding 79:21 pada 2017. Pencapaian itu seiring dengan sasaran 65:35 menjelang 2020.

“Deposit kumpulan kekal konsisten berada pada RM32.78 bilion berbanding RM32.76 bilion pada tahun kewangan 2017,” ujarnya.

Sementara itu, berkenaan prospek 2019, Ahmad Zaini berkata, pihaknya akan kekal dengan transformasi teknologi walaupun berdepan dengan persekitaran ekonomi yang mencabar.

“Dengan kemampuan dan saluran baharu membolehkan kami melebarkan capaian pasaran terutama dalam segmen perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menerusi produk dagangan kewangan. Penekanan yang lebih besar juga diberikan keoada pendapatan yuran yang disumbangkan oleh segmen peruncitan,” katanya. - UTUSAN ONLINE