Pepsi turut menyarankan tiga resipi cadangan bagi mewarnai sambutan akhir tahun untuk peminat tegar minuman kola terkenal itu.

Menurut wakil Pepsi, orang ramai boleh mencuba minuman float buatan sendiri menggunakan Pepsi Black dan ais krim ataupun yogurt beku rendah lemak sebagai alternatif.

“Anda boleh campurkan Pepsi Black dengan ais krim coklat ataupun yogurt beku perisa ceri dengan Pepsi Black Vanilla untuk rasa manis buah sebagai hidangan semasa parti.

“Selain itu, anda juga boleh menghasilkan ais krim batang Pepsi dengan hanya menuangkan minuman ini ke dalam dulang kiub ais dan meletakkan batang ais krim sebelum dibekukan di dalam peti sejuk,” kata wakil Pepsi dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ais krim tersebut boleh disimpan dalam beg penyejuk beku sebelum dinikmati pada waktu panas.

Peminat Pepsi juga boleh menghasilkan sendiri ais kisar kola menggunakan minuman tersebut.

“Tuang Pepsi Black ke dalam dulang dan letakkan di ruangan sejuk beku. Setiap 20 minit, gunakan garpu atau pisau untuk mengacau ais tersebut sehingga mendapat tekstur yang dikehendaki,” kongsi wakil tersebut.

Alternatif lain ialah membekukan minuman tersebut dalam dulang kiub ais sebelum mengi­sar bagi mendapatkan hasil yang sama.