Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Nikmat pemanduan Infiniti Q60

. 5

JENAMA kenderaan Infiniti bukanlah terkenal di negara ini jika dibandingkan dengan jenama dari Jepun, Korea ataupun Eropah. Malah, ada yang beranggapan jenama tersebut adalah jenama mewah untuk Nissan iaitu sama seperti jenama Harrier untuk Toyota, Acura untuk Honda dan sebagainya.

Ya, boleh dianggap begitu, bahawa ia model premium untuk Nissan kerana Infiniti merupakan anak syarikat Nissan, dan yang paling penting ia adalah jenama global. Bagi lebih mudah mengenali jenama itu ialah penajaannya untuk pasukan F1 Red Bull selama dua tahun bermula 2013 dengan nama Infiniti Red Bull Racing.

Baiklah, marilah kita lupakan asal-usulnya, kerana apa yang hendak ditekankan di sini ialah penulis telah diberi peluang untuk menguji Infiniti Q60 iaitu sebuah model Coupe Sukan yang mana reka bentuknya dilahirkan daripada falsafah Powerful Ele­gance Infiniti.

Falsafah tersebut tidak menghasilkan Coupe yang agresif, tetapi lebih kepada sentuhan insaniah iaitu lembut pada fizikalnya dan kuasanya.

Rupa paras Q60 diserlahkan menerusi aliran garis udara pada badan yang menghasilkan karektor maskulin. Matang dan mantap. Tidak terlalu radikal tetapi sesuai untuk mereka yang menghargai seni fizikal kereta.

Gril berkrom yang kelihatan besar menggambarkan jati diri kenderaan Infiniti dan tiang C yang berbentuk sabit kelihatan sedikit ke hadapan untuk menyer­lahkan kualiti dinamik jentera ini.

Lampu utama LED itu hadir bersama teknologi light guide yang berfungsi memancarkan cahaya secara seimbang dengan meniru bentuk mata manusia, lampu tersebut menghasilkan wajah yang menawan.

Pertama kali diaplikasikan di dunia, penutup but jentera ini merupakan kombinasi hibrid di antara satu resin di atas satu kerangka besi, ia direka untuk menghasilkan sebuah duck-tail yang berfungsi menambah baik aspek ae­rodinamik dan penampilan visualnya.

Pada bahagian hadapan kabin, reka bentuk papan pemuka Q60 jelas memberi fokus kepada pemandu dengan konsol tengah menempatkan dua skrin sentuh (bersaiz 8 inci di atas dan 7 inci di bawah) yang dapat meminimumkan jumlah butang di dalam kabin untuk memberi penampilan yang lebih kemas.

Kemasan brushed aluminum dipasang pada bahagian konsol tengah dan pintu. Lampu ambien yang menggunakan cahaya lampu LED lembut dinyalakan pada kemasan pintu, pemegang bekas minuman dan kaki untuk memberi saat istimewa ketika memandu pada waktu malam.

Bercerita tentang pemanduannya, penulis tidak dapat mengujinya secara lama kerana terpaksa bergilir-gilir dengan wartawan permotoran yang lain. Penulis hanya dapat mengujinya sejauh lebih kurang 100 kilome­ter di Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Kuala Lumpur.

Q60 ini dikuasakan enjin DIG (direct-injection gasoline) empat silinder dengan sistem pengecas turbo bersesaran 2.0 liter itu mampu menjana kuasa mence­cah 211hp pada 5,500rpm dan kilas maksimum 350Nm bermula pada 1,250 hingga 3,500rpm.

Apabila anda menekan pedal minyak, pecutannya tidaklah seperti sebuah jentera GTI yang menyebabkan anda terbenam terus di kerusi kerana daya gravi­tinya. Ia berkuasa, tetapi dengan cara tersendiri dan dalam kawalan.

Nikmat pecutan boleh dirasai, tetapi dengan cara yang matang iaitu kuasanya tidak disalurkan secara terburu-buru. Ketika memecut selaju 170 kilometer sejam (km/j) ia masih sangat selesa.

Gegaran dan bunyi luaran tidak terasa kerana jentera ini telah direndahkan untuk kesan aerodinamik yang sangat baik manakala tahap bunyi, getaran dan kekasaran (NVH) telah dipertingkat dengan menggunakan penebat suspensi dan cross-members yang lebih keras. Jejari rim pula direka untuk menyerap getaran.

Transmisi tujuh kelajuan automatik pada Q60 telah direka bersama ruang nisbah gear untuk menawarkan pecutan yang lebih responsif dan memberi gaya pemanduan yang menyeronokkan.

Dalam mod ‘Sport’, Q60 akan memilih corak penukaran gear yang lebih agresif dengan memegang gear lebih lama untuk mencapai prestasi maksimum. Tidak perlu banyak bekerja keras. Teruskan menekan minyak, genggam stereng dan rasai kuasanya.

Dengan kata lain, Q60 ini menghasilkan nikmat pemanduan yang infiniti, iaitu kepuasan yang digabungkan dengan kuasanya menjadikan ia sebuah jentera yang tersendiri dalam kelasnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain