Menurut TH Plantations, Muzmi, 53, akan menggantikan Datuk Seri Zainal Azwar Zainal Aminuddin yang meletak jawatan di syarikat itu pada 20 Ogos tahun lalu.

Katanya, Muzmi sebelum ini merupakan Timbalan CEO Malaysian Kuwaiti Investment Co Sdn. Bhd., syarikat usaha sama kerajaan Malaysia dan Kuwait.

“Beliau berkhidmat di Malaysian Kuwaiti Investment itu sejak 1993 dengan memegang pelbagai jawatan penting termasuk Ketua Pegawai Operasi pada 2012.

“Muzmi sebagai akauntan bertauliah mempunyai kelayakan Chartered Institute of Management Accountants dari London School of Accountancy/Emily Woolf College, United Kingdom (UK),” katanya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia di sini hari ini.

Zainal Azwar meletakkan jawatan seminggu selepas diminta supaya bercuti.