IMSB dalam kenyataannya berkata, Murata memulakan perkhidmatan di Isuzu Motors Limited pada 1998 dan mempu­nyai pengalaman selama 20 tahun dalam aspek jualan antarabangsa dan pengurusan perniagaan.

Menurut IMSB, beliau telah mengendalikan pelbagai pasaran dunia termasuk China, Hong Kong, Singapura, Australia, New Zealand, Kesatuan Eropah dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

“Murata turut mendalami aspek penyeliaan perniagaan, perancangan jualan dan selepas jualan, pengurusan kewangan korporat serta penyelarasan pembuatan kenderaan komersial ketika bertugas di Isuzu Trucks South Africa pada 2010 dan Isuzu Motors Sub Saharan Africa pada 2015.

“Selepas itu beliau kembali berkhidmat dengan Isuzu Motors Japan dan dilantik sebagai Ketua Penyelaras untuk Pameran Motor Tokyo 2017 selain daripada menyelia beberapa acara automotif lain yang memerlukan kepakaran dan pengetahuannya yang luas,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif IMSB, Koji Nakamura berkata, pengalaman Murata yang luas pasti memberi manfaat kepada syarikat bagi membantu Isuzu Malaysia dalam mengekalkan kedudukannya sebagai kenderaan komersial (CV) pilihan nombor satu negara.

Dalam pada itu, Murata berkata, beliau gembira dapat menyer­tai Isuzu Motors Malaysia dan memandang positif terhadap cabaran baharu yang bakal dihadapi.

“Saya sangat bertuah kerana diberi peluang untuk menyelaras serta menguruskan jabatan perniagaan automotif di peringkat antarabangsa dan akan melakukan yang terbaik untuk memastikan Isuzu Malaysia mencapai kejayaan yang lebih membanggakan dalam industri automotif tempatan,” katanya.

Selain Murata, beberapa pegawai lain turut menyertai Divisyen Selepas Jualan Isuzu Malaysia antaranya COO, Ryo Kakogawa, Penasihat Kanan untuk Per­khidmatan Pemasaran, Katsushi Shimauchi dan Penasihat untuk Operasi Alat Ganti, Yuji Shinya.