Logo MSM
 

Pengarah Eksekutif MSM, Datuk Khairil Anuar Aziz berkata, keuntungan bersih tahun ke tahun meningkat sebanyak 197 peratus kepada RM 35.62 juta berbanding kerugian yang dicatatkan pada tahun 2017 didorong oleh penurunan kos gula mentah serta pemulihan nilai ringgit sebanyak tujuh peratus berbanding dolar Amerika Syarikat.

Katanya, bagaimanapun untuk tahun kewangan di bawah semakan, syarikat mencatatkan penurunan hasil tahunan sebanyak 16 peratus kepada RM 2.215 billion, berikutan penurunan jumlah jualan sebanyak tujuh peratus bagi segmen pemborong, 17 peratus pengurangan bagi harga jualan purata (ASP) Industri disebabkan pengeluaran permit import (AP) serta persaingan tinggi yang menyebabkan penurunan sebanyak 21 peratus dalam jualan eksport.

“MSM terus berdiri teguh seiring fasa perkembangan yang progresif sepanjang perjalanan pemulihan. Kami telah mengukuhkan perniagaan secara berterusan serta meletakkan asas yang kuat untuk pertumbuhan melibatkan pembaharuan strategi yang lebih mantap, pengurusan kos terkawal serta peningkatan produktiviti dan kecekapan yang inklusif dalam kumpulan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE