Pengarah Urusan Kumpulan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Datuk Mohd Noordin Abbas berkata, namun demikian, penekanan akan diberikan kepada platform media digital sejajar dengan trend semasa.

“Di samping itu, syarikat telah memaklumkan peletakan jawatan beberapa ahli lembaga pengarah syarikat kepada Bursa Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ahli lembaga pengarah terbabit termasuk Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh dan tiga Pengarah Bebas Bukan Eksekutif iaitu Jamalul Kiram Mohd Zakaria, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad serta Mohd Yusof Bin Abu Othman.

“Peletakan jawatan ahli lembaga pengarah tersebut selaras dengan pelan penstrukturan semula Kumpulan Utusan,” katanya. - UTUSAN ONLINE