MMHE merupakan anak syarikat milik penuh Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd. (MHB).

MHB dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia berkata, rangka perjanjian itu terdiri daripada pakej A yang membabitkan struktur luar pesisir tetap seberat lebih 7,500 tan metrik dan pakej B bagi struktur luar pesisir tetap yang beratnya tidak melebihi atau bersamaan dengan 7,500 tan metrik.

“Perjanjian tersebut melibatkan tempoh enam tahun bagi kedua-dua pakej berasaskan bidaan mini dan terpakai bagi projek yang sedang diuruskan di bawah Perjanjian Petroleum Petronas serta meliputi semua blok minyak dan gas di Malaysia,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif MHB, Wan Mashitah Wan Abdullah Sani berkata, perjanjian itu mencerminkan kepercayaan berterusan terhadap keupayaan kumpulan dalam melaksanakan projek dan memastikan hasilnya menepati kehendak pelanggan. - UTUSAN ONLINE