MED berkata, Hisham Hamdan merupakan Pengarah Eksekutif, Pelaburan dan Ketua Penyelidikan dan Strategi Pelaburan Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) serta memiliki 28 tahun pengalaman dalam pelbagai struktur korporat seperti pembangunan hartanah, kesihatan, pelaburan perniagaan, tenaga dan utiliti di peringkat antarabangsa.

Katanya, Mohd. Rafee pula merupakan Jurukur Bahan yang berdaftar dengan Lembaga Jurukur Malaysia, Felo kepada The Royal Institution of Surveyors Malaysia dan ahli The Royal Institution of Chartered Surveyors (RICB).

Rosli pula merupakan Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya dan juga peguam syarie untuk Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan Ar. Mohamad Subki berpengalaman luas dalam pelbagai jenis pembangunan seni bina dan juga terlibat dalam Lembaga Arkitek Malaysia (LAM), Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) dan Institut Pereka Dalaman Malaysia (IPDM).

“MED mengalu-alukan pelantikan Pengerusi dan tiga Ahli Lembaga Pengarah baharu bagi UDA dalam barisan kepemimpinan syarikat dan yakin pengalaman luas yang mereka miliki terutama dalam bidang pembangunan hartanah, perundangan, arkitek dan juga jurukur bahan akan dapat menyuntik semangat dan menjadi aspirasi untuk UDA terus mencapai kecemerlangan dan bersedia menggalas setiap amanah yang diberikan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE