Ketua Pegawai Kewangan MCT, Susan Secreto berkata, projek baharu itu termasuk bagi pembinaan Sanderling Lakefront Residences @ Cyberjaya, Casa Bayu @ CyberSouth dan Alira @ Metropark Subang.

Beliau berkata, gerakan agresif MCT dalam memba­ngunkan projek menyaksikan syarikat berjaya mencatatkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM60.5 juta untuk tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2018.

“MCT telah meningkatkan jumlah bank tanah dengan dua pengambilalihan di Su­bang Jaya dan Petaling Jaya, dianggarkan GDV kira-kira RM1.6 bilion bagi syarikat itu dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Jualan belum dibilkan juga berjumlah RM814 juta dan ia akan mengekalkan ali­ran pendapatan MCT selama dua tahun,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, MCT turut mengumumkan pelantikan Teh Heng Chong sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Apollo Pol Bello Tanco sebagai Ahli Eksekutif Lembaga Pe­ngarah pada mesyuarat agung tahunan (AGM) yang diadakan baru- baru ini.

MCT juga mengumumkan pelantikan rasmi Bello Tanco sebagai Ketua Pegawai Operasi dan Susan Jacob Secreto sebagai Ketua Pegawai Kewangan.

Mengulas mengenai pelantikannya, Heng Chong berkata, ia adalah satu peluang yang baik untuk bekerjasama dengan syarikat induk, Ayala Land Inc. (Ayala Land) dan memimpin MCT ke peringkat yang seterusnya.

MCT merupakan syarikat pemaju hartanah membina dan membangun perbandaran di kawasan sekitar Lembah Klang dan ditubuhkan pada tahun 1999 dengan modal berbayar sebanyak RM250,000.