Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB, Datuk Seri Ahmad Zaini Othman berkata, dengan ke­upayaan baharu dan saluran, kumpulan akan memperluaskan pasaran dari segi segmen perbankan.

Katanya, MBSB bertekad mahu mencapai segmen perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui produk seperti pembiayaan perdagangan.

“Pada 2018, sebanyak 95 peratus pendapatan diperoleh daripada perniagaan sedia ada dan baki

AHMAD ZAINI OTHMAN
AHMAD ZAINI OTHMAN 

lima peratus lagi daripada segmen baharu yang boleh ditawarkan.

“Ini merupakan dalam jangkaan kami yang mana kami menumpukan masa dan sumber lebih kepada membina infrastruktur perbankan bagi membolehkan melancarkan keupayaan baharu seperti perbankan internet korporat dan runcit,” katanya dalam kenyata­an di sini hari ini.

MBSB mencatatkan pe­ningkatan keuntungan selepas cukai sebanyak RM642.4 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018.

Angka itu merupakan pe­ningkatan sebanyak 54 peratus berbanding hanya RM417.13 juta yang dicatatkan pada tahun kewangan sebelumnya.

Jumlah aset keseluruhan juga meningkat sebanyak RM615.37 juta kepada RM45.42 bilion berbanding RM44.81 bilion yang dicatatkan pada tahun kewangan berakhir pada Disember 2017.

2018 merupakan tahun yang bermakna kepada MBSB apabila melengkapkan pengambilalihan Asian Finance Bank Bhd. pada Februari.

Perolehan Kumpulan MBSB bagi tahun kewangan 2018 sebanyak RM3.15 bilion hampir sama dengan yang dicatatkan pada 2017 iaitu RM3.26 bilion.