Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air, Chandran Rama Muthy berkata, pihaknya akan berhati-hati dengan rancangan masa depan berkaitan penghantaran pesawat daripada generasi MAX.

Beliau dalam pada itu menzahirkan rasa simpati kepada mangsa insiden nahas membabitkan pesawat Boeing 737 milik Ethiopian Airlines yang terhempas ketika dalam perjalanan dari ibu kota Addis Ababa ke Nairobi, Kenya semalam.

Malindo Air mengendalikan sekumpulan 42 pesawat yang terdiri daripada 29 Boeing 737 NG dan 13 ATR72-600. - UTUSAN ONLINE