Sehubungan itu katanya, sebarang pertikaian terhadap PSC akan memberi kesan kepada ekonomi negara serta industri penerbangan negara.

Katanya, saman caj perkhidmatan penumpang (PSC) terhadap AirAsia kini di pe­ringkat mahkamah dan proses ini harus dibiarkan berjalan sehinggalah selesai.

“Adalah penting untuk mewujudkan kejelasan pelaksanaan PSC yang diwartakan, peranan dan tanggungjawab syarikat penerbangan dan lapangan terbang serta hak-hak pihak yang terlibat.

“Ini (PSC) adalah perkara yang perlu diputuskan oleh mahkamah supaya industri pe­nerbangan dapat beroperasi dengan cekap dan berdaya saing serta mematuhi semua standard dan peraturan penerbangan antarabangsa,” katanya dalam ke­nyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, adalah menjadi amalan biasa bagi MAHB untuk memaklumkan semua pemegang saham menerusi pengumuman di Bursa Malaysia mengenai perkara penting seperti PSC yang difailkan ke atas AirAsia serta notis maklum balas syarikat penerbangan itu. 

“Kami akan terus berhubung dengan pemegang saham utama kami dan bersedia menangani kebimbangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta menjelaskan perkara ini dengan sewajar­nya,” katanya.