Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

MAHB belum kenal pasti pelabur berpotensi untuk ISG Turki

Badlisham Ghazali (dua dari kiri) menyerahkan sumbangkan kepada
Badlisham Ghazali (dua dari kiri) menyerahkan sumbangkan kepada pekerja am, Saniah Mohamad Nor dalam program [email protected] Terbang di Sepang, semalam. utusan/ZAKI AMIRUDDIN

SEPANG 19 Mei – Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) masih belum mengenal pasti pelabur yang bakal menjadi pemegang saham minoriti Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokchen (ISG) Turki.

Pengarah Urusan MAHB, Datuk Badlisham Ghazali menjelaskan, pihaknya tidak meletakkan tempoh tertentu berhubung cadangan penjualan sebahagian kepentingannya di ISG, namun komited untuk terus menjadi pemegang saham terbesar.

"Seperti saya cakap belum ini, soal ini adalah perkara biasa dalam perniagaan khususnya untuk membangunkan potensi lapangan terbang.

"Berhubung siapa bakal pemegang minoriti, kita belum kenal pasti namun kita ada banyak kawan untuk menjadi pelabur berkelayakan," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Program [email protected] Terbang di sini hari ini.

MAHB sebelum ini dikatakan mencari pelabur untuk ISG dan merancang mengekalkan penguasaan dalam syarikat itu selain sedang berbincang dengan bank-bank untuk menjadi penasihat bagi perjanjian tersebut.

MAHB adalah konsortium yang memenangi kontrak bernilai 1.9 bilion euro (RM8.99 bilion) untuk mengendalikan lapangan terbang itu pada tahun 2007.

Pada 2013, syarikat itu telah bersetuju untuk meningkatkan pegangan dalam ISG sebanyak 60 peratus dengan membeli 40 peratus kepentingan GMR Infrastructure Ltd. sebanyak 225 juta euro (RM1.06 bilion).

Ia juga memiliki baki 40 peratus kepentingan dari Limak Holding pada tahun 2014 pada harga 285 juta euro (RM1.3 bilion).

Sementara itu, Badlisham memberitahu MAHB meneruskan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan melancarkan Program [email protected] Terbang yang bertujuan untuk meningkatkan taraf kehidupan komuniti setempat di sekitar lapangan terbang di seluruh negara.

Katanya, program itu akan menggerakkan aktiviti CSR dengan lebih tersusun di samping diperluaskan kepada sektor pendidikan.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain