Ketua Negaranya Emmanuel Nivet berkata kadar langganan insurans yang rendah itu adalah disebabkan perniagaan berpendapat bahawa insurans bukan suatu keutamaan serta mereka kurang pendidikan mengenainya.

“Dengan insurans bergantung kepada perlindungan, ia boleh melindungi kecurian, kebakaran, produk serta bencana alam, tetapi malangnya ramai yang berpandangan ia tidak perlu, yang menyebabkan keseluruhan operasi perniagaan mereka berisiko,” kata pada sidang akhbar bersempena acara AXA SME Challenge, di sini, hari ini, yang turut dihadiri Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Redzuan Yusof.

Beliau juga berkata dengan pertumbuhan pendigitalan, PKS juga boleh menyesuaikan insurans siber mereka mengikut ciri-ciri perniagaan mereka bagi melindungi sekiranya berlaku pencerobohan atau kehilangan data.

Acara AXA SME Challenge itu disokong oleh SME Corporation. -BERNAMA