MAHB berkata, perjalanan penumpang antarabangsa meningkat 5.9 peratus kepada 63.3 juta manakala penumpang domestik meningkat 2.3 peratus kepada 69.7 juta penumpang.

Katanya, secara keseluruhan, perjalanan pesawat meningkat 2.8 peratus dengan perjalanan antarabangsa dan domestik masing-masing meningkat enam dan lapan peratus.

“Lapangan terbang di Malaysia merekodkan pertumbuhan penumpang sebanyak 2.5 peratus kepada 99 juta orang dengan sektor antarabangsa mengalami pertumbuhan 4.5 peratus kepada 51.7 juta penumpang manakala sektor domestik sebanyak 47.4 juta penumpang atau kenaikan 0.4 peratus pada tahun 2018,” katanya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE