T. S. SANTHARUBAN
T. S. SANTHARUBAN

Naib Presiden Pe­masaran Eti­ka Sdn. Bhd., T. S. Santharuban berkata, Kopi Wonda melalui sambutan Hari Kopi Wonda Antarabangsa (IWCD) menjalin kerjasama de­ngan pelbagai pihak untuk memberikan tawaran serta promosi terbaik.

“Kami percaya kopi mampu mengukuhkan hubungan sesama manusia, maka untuk IWCD tahun ini, kami mahu meneruskan kebaikan ini dengan pelbagai tawaran serta promosi menarik yang disediakan bersama rakan kongsi kami.

“Bermula 28 Ogos hingga 2 September ini, para penggemar kopi boleh mendapatkan pek empat tin Kopi Wonda dengan harga promosi RM4.99 di pasar raya terpilih selain promosi ‘Beli Satu, Percuma Satu Kopi Susu Wonda atau Mochaccino 340ml’ di cawangan kedai serbaneka MyNEWS di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selain itu, orang ramai boleh mendapatkan sebotol Kopi Susu Wonda 340ml percuma dengan pembelian dua tin Kopi Wonda pelbagai varian (240ml) di cawa­ngan pasar mini 99 Speedmart dalam tempoh yang sama serta harga promosi RM2 untuk mana-mana tin dan botol Kopi Wonda 100% Arabica dan Brazilian Coffee di cawa­ngan kedai serbaneka 7-Eleven bermula 28 Ogos hingga 24 September ini.

Maklumat lanjut berkaitan promosi Kopi Wonda boleh didapati di laman Facebook rasmi Kopi Wonda di https://www.facebook.com/WondaCoffeeMalaysia.