Pengarah Urusan Kumpulan SkyWorld, Datuk Ng Thien Phing berkata, kompleks sukan itu merupakan komponen terbesar di dalam pembangunan integrasi SkyArena di Setapak.

Katanya, kerja-kerja pembinaan Kompleks Sukan SkyArena berjalan lancar dan akan mempertingkatkan kemudahan di kawasan itu.

“Kompleks sukan pelbagai peringkat dan pelbagai kemudahan terbesar di Kuala Lumpur ini akan menampilkan lebih daripada 20 kemudahan canggih antaranya kolam renang bersaiz Olimpik, padang bola sepak bersaiz Fifa, trek berlari, pusat kecergasan bersaiz 14,000 kaki persegi, gelanggang skuasy dan gelanggang bola keranjang.

“Kompleks sukan ini telah menerima penarafan lima bintang bagi Arkitek Perkhidmatan Awam Terbaik di Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada Februari lalu, Thien Phing bersama Ketua Pegawai Operasi SkyWorld, Lee Chee Seng mengadakan lawatan tapak ke Kompleks Sukan SkyArena. Yang turut hadir, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh.

Kompleks Sukan SkyArena juga berjaya merangkul dua Anugerah Harta Asia Pasifik yang berprestij bagi kategori Seni Bina Perkhidmatan Awam dan Pembangunan Perkhidmatan Awam.

Ia mena­warkan keunikan perpaduan rekreasi dan kemudahan komuniti seperti pusat perubatan sukan, pusat penja­gaan kanak-kanak, kafeteria dan asrama.