Tiga kawasan terbabit adalah di stesen minyak Petronas R&R Rawang (Lebuhraya Utara-Selatan, PLUS), R&R Bentong (Le­buhraya Karak) dan R&R Seremban (Lebuhraya KL-Seremban).

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn. Bhd., Datuk Dr. Zahari Husin berkata, kerusi itu dise­rahkan kepada pemandu Pe­rodua yang bertuah yang membawa kanak-kanak berusia antara dua hingga enam tahun.

Menurut beliau, inisiatif tersebut juga merupakan sebahagian daripada kempen keselamatan jalan raya Perodua selama lima tahun yang dilancarkan pada Oktober tahun lalu.

“Ini adalah kali pertama Pero­dua menganjurkan acara se­umpa­ma ini dengan kerjasama rakan niaga, Petronas serta panel insurans kami kerana prihatin terhadap keselamatan pelanggan dan keluarga mereka.

“Kami berharap rakyat Malaysia sedar tentang pentingnya kerusi keselamatan kanak-kanak dalam menjamin keselamatan anak-anak mereka ketika kende­raan bergerak,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Diperkenalkan bersama de­ngan kempen keselamatan jalan raya pada Oktober tahun lalu, kerusi keselamatan kanak-kanak GearUp Perodua boleh didapati dalam dua model berbeza.