Ketua Pemasaran Shopee Malaysia, Marianne Chuo berkata, sepanjang tempoh kempen berkenaan, pengguna dapat menikmati pelbagai tawaran hebat dan diskaun sehingga 80 peratus daripada 600 jenama di Shopee Mall dan lebih 450,000 penjual di platform berkenaan. 


Katanya, selain barangan kelengkapan bagi persiapan raya, buat pertama kalinya Shopee turut menawarkan rumah kediaman serta motosikal dan kereta.


“Pelanggan kini boleh membuat tempaham bagi rumah kediaman pilihan yang ditawarkan S P Setia dengan yuran tempahan RM688. 


“Selain itu, mereka juga boleh membeli pelbagai jenis kereta dan motosikal di Shopee AutoMall dan menerima tawaran eksklusif termasuk yuran tempahan serendah RM1 dan pelbagai faedah menarik yang lain,” katanya pada majlis pelancaran kempen ‘Raya Dengan Shopee’ di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE