Walaupun sudah 2019, stigma masyarakat terhadap perniagaan sabun kekal ada. Mungkin masih ramai belum nampak impak sebenar pe­­­r­usa­haan kecil dan sederhana (PKS) kepada ekonomi negara.

Meskipun begitu, graduan jurusan Pengurusan Perniagaan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Noraziza Usman tidak ­me­nganggap cemuhan daripada orang sekeliling sebagai penghalang malah dijadikan peluang.

Noraziza memulakan perniagaan sabun sejak 2016 bersama tiga lagi rakan niaga dengan modal secara kecil-kecilan seterus­nya memilih Inas Global Sdn. Bhd. sebagai nama syarikat.

Inas mewakili huruf awal bagi setiap nama pengasas bersama iaitu I bagi Iqkbal, N (Nensi), A (Aziza) dan A ­(Sur­yani). Keempat-empat pe­ngasas itu bertemu sejak di bangku sekolah di Sekolah Menengah Teknik Tawau pada 1997.

Ditanya mengapa memilih untuk menghasilkan sabun, Noraziza menjawab, sabun adalah satu keperluan harian dan setiap rumah memerlukan sabun untuk mencuci pakaian.

“Yang menarik tentang sabun serba guna Champaca dan Rose ke­luaran kami, ia boleh digunakan menanggalkan kotoran degil pada fabrik.

“Ia juga boleh digunakan untuk mencuci kereta, tandas, lantai, kasut malah air basuhannya boleh dijadikan sebagai baja,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Inas Global merupakan antara penerima geran SIRIM-Fraunhofer yang membolehkan syarikatnya berkembang maju menerusi penghasilan formula sabun yang lebih baik.

Sementara itu, Pengasas Bersama Inas Global, Suryani Parukka berkata, selain sabun serba guna, Inas Global menawarkan rangkaian produk lain termasuk pencuci lantai, pelembut fabrik, semburan fabrik dan air freshner.

“Misi kami bukan sahaja untuk menjadi pengeluar produk malah mahu menyediakan pendapatan tambahan kepada lebih 2,000 ejen di seluruh Malaysia.

“Kami juga percaya pasaran di dalam negara adalah luas, maka kami akan terus mempromosi dan memfokuskan di Malaysia sebelum berkembang ke pasaran antarabangsa,” katanya.

Inas Global Sdn. Bhd.

l Ditubuhkan sejak 2016

l Nama Inas terdiri daripada empat pangkal nama pengasas

l Menawarkan sabun serba guna Champaca dan Rose

l Produk lain: pencuci lantai, pelembut fabrik, semburan fabrik

l Mempunyai 2,000 ejen