Pengerusi Bergilir Huawei, Guo Ping berkata, kumpulan berjaya memperoleh sebanyak 26 kontrak 5G dan menjangka penghantaran telefon pintar pada 2018 melebihi 200 juta unit.

Katanya, pendapatan tahunan Huawei dijangka melebihi AS$100 bilion (RM417.25 bi­lion) buat kali pertama dan telah memperoleh lebih 25 kontrak 5G komersial menjadikannya vendor 5G terbesar dunia.

“Pada Ogos, Huawei menjangkakan penghantaran tele­fon pintar melebihi 200 juta unit bagi tahun ini,” katanya di sini hari ini.

Huawei merupakan pembuat peralatan telekomunikasi terbesar dunia dan penjual telefon pintar kedua terbesar.

Tahun ini menyaksikan tekanan antarabangsa susulan Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya termasuk Australia dan New Zealand mula menyekat sekatan peralatan Huawei kerana bimbang China akan mengintip negara mereka.

Bagaimanapun, Huawei telah berkali-kali menegaskan Beijing tidak mempunyai pengaruh ke atasnya. – REUTERS