Menurut Honda Malaysia, promosi Bonus GST itu diadakan sebagai inisiatif mempermudahkan pemilikan kereta dalam kalangan pelanggan sempena dengan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Walau bagaimanapun jelasnya, promosi berkenaan hanya terhad kepada model terpilih seperti Honda City varian petrol sahaja, Honda Civic, Honda CR-V dan juga Honda HR-V.

“Di bawah Bonus GST ini, pe­langgan yang membeli kende­raan dalam tempoh promosi pada 18 Mei hingga 31 Mei tidak akan dikenakan kos GST, malah juga layak mendapat ‘Ganjaran Selamat Datang Ramadan’ yang sedang berlangsung.

“Model Honda lain seperti Jazz, BR-V, Accord, Odyssey, Civic Type R, Jazz Hybrid dan City Hybrid tidak mendapat Bonus GST, namun masih menerima rebat tunai daripada bonus Ganjaran Selamat Datang Ramadan,” jelasnya dalam kenyataan di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, Honda Malaysia juga bakal mengumumkan harga baharu kelak untuk semua barisan model kenderaannya yang bakal menikmati kadar sifar GST bermula 1 Jun nanti.

Maklumat lanjut sila layari www.honda.com.my atau hu­bu­ngi talian bebas tol honda di 1-800-88-2020.