Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLA, Loh Guat Lan berkata, produk tersebut merupakan aplikasi kecergasan pertama di Malaysia yang menawarkan perlin­dungan sehingga RM1 juta atau sebanyak RM3.30 sehari.

LOH GUAT LAN
LOH GUAT LAN 

Beliau berkata, pelan tersebut amat mudah kerana tidak memerlukan pemeriksaan perubatan yang rumit tetapi memerlukan pelanggan menjawab tiga soalan yang mudah dan ringkas.

“Lebih baik lagi pelan insurans HLA FiT CI yang telah mencapai jualan sebanyak 1,000 polisi dalam masa 10 hari pelancarannya boleh diperbaharui secara automatik selama 10 tahun lagi tanpa pengunderaitan, sehingga dua kali.

“Oleh itu, kita menyasarkan jualan polisi untuk HLA FiT CI sebanyak 12,000 setahun kerana faedahnya yang ba­nyak dan sesuai untuk generasi muda yang mahu mengamalkan gaya hidup sihat,” katanya dalam sidang akhbar Pelancaran HLA FiT di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Operasi HLA, Loke Kah Meng.

HLA FiT adalah aplikasi kecergasan pertama di Malaysia yang dilengkapi dengan Model Usia Biologi (Biological Age Model) bersepadu untuk memperkasakan rakyat Malaysia supaya kekal aktif dan mendapat ganjaran untuk gaya hidup lebih sihat yang mereka jalani.

HLA FiT disertakan de­ngan pelan insurans HLA FiT Cl yang menggabungkan platform digital hujung ke hujung, yang merangkumi e-pendaftaran dan e-kontrak sehingga perkhidmatan selepas jualan, untuk pengalaman pengguna yang efisien.

Guat Lan berkata, kini semakin ramai rakyat Malaysia menunjukkan keinginan yang semakin tinggi untuk menjalani gaya hidup lebih sihat sambil menerima perlin­dungan hayat yang mencukupi.

Sempena pelancaran tersebut, HLA akan menganjurkan HLA FiT Run pada 10 Mac depan secara serentak di lima lokasi iaitu di Taman Botani Negara Shah Alam; Wisma Boon Siew, Upper Penang Road, Pulau Pinang; Galeri Jualan Bandar Eco Botani, Johor Bahru; Masjid Kampung Hulu, Melaka dan Masjid Bandaraya Tanjung Lipat, Kota Kinabalu.