Golden Pharos
 

GPB dalam satu kenyataan berkata, hasil pendapatan syarikat pula meningkat sebanyak 13 peratus lebih tinggi kepada RM74.12 juta berbanding RM65.64 juta dengan kebanyakannya disumbang oleh segmen pembalakan dan pengilangan.

Katanya, bagi suku keempat berakhir 31 Dis 2018, keuntungan syarikat mencatatkan penurunan sebanyak RM0.17 juta berbanding RM5.4 juta dalam tempoh sama manakala hasil pendapatan menurun sebanyak 11 peratus kepada RM21.59 juta berbanding RM24.34 juta bagi tempoh yang sama.

Ujar kenyataan itu, keuntungan syarikat adalah disebabkan oleh pengeluaran kayu balak bergergaji yang tinggi yang mencatatkan jumlah peningkatan jualan sebanyak 40 peratus iaitu RM42.22 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018 berbanding RM30.11 juta sebelum itu.

"Aktiviti pembalakan berlesen yang aktif sepanjang tahun 2018 turut memberi kesan kepada keuntungan syarikat berbanding tahun sebelumnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut GPB, aktiviti perniagaan kayu serpai turut menyumbang kepada keuntungan hasil pendapatan syarikat.

Katanya, di masa hadapan, aktiviti penebangan, mengilang papan dan pengeringan tanur dijangka akan membantu hasil pendapatan syarikat dalam suku pertama 2019 walaupun berdepan musim hujan di kawasan penebangan yang beroperasi.

Dalam segmen pembuatan pula, kumpulan itu yakin dengan pengoperasian semula veneer mampu menjana pendapatan positif kepada syarikat dalam suku yang akan dating.

"Segmen pembuatan akan terus bersaing sengit berikutan dengan permintaan pembeli yang ingin mengurangkan harga dan syarat kredit yang lebih panjang," katanya. - UTUSAN ONLINE