Next Bike dalam kenyata­annya berkata, pelanggan akan menikmati penjimatan sehingga RM50,000 untuk model Ducati terpilih yang eksklusif untuk pelanggan Ducati PJ termasuk Multistrada 950 yang berharga daripada RM76,000 bersama pek jelajah percuma.

Katanya, pelanggan boleh memiliki Diavel Diesel lengkap bersama pakej sistem penuh ekzos Termignoni pada harga RM115,000 ke atas.

“Ducati Malaysia turut menawarkan diskaun sehingga 70 peratus di seluruh negara untuk pakaian Ducati dan Scrambler Ducati sehingga 2 Januari ini di kedai barangan rasmi di Ducati PJ.

“Para pelanggan juga boleh menghadiahkan orang tersa­yang dengan set hadiah bara­ng­an perayaan Ducati,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, diskaun sehingga 80 peratus diberikan untuk peralatan dan aksesori Ducati bermula 10 Disember sehingga 13 Januari.

Katanya, pelanggan juga akan mendapat rebat sebanyak 25 peratus untuk peralatan servis Desmo iaitu sebahagian daripada program prapembelian.

“Pelanggan yang berbe­lanja minimum RM600 dalam satu resit akan membawa pulang baju Ducati bernilai RM250. Ducati Malaysia akan menyediakan pemeriksaan 15-point percuma di Ducati Service Clinic bermula 21 hingga 23 Di­sember.