MOHD. NOR ABDUL RAZAK
MOHD. NOR ABDUL RAZAK 

Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Mohd. Nor Abdul Razak berkata, ketika ini CBP memiliki 22 cawangan dengan dua cawangan baharu dibuka di Kuala Selangor dan Batu Pahat.

Beliau berkata, kedua-dua cawangan tersebut yang telah mula beroperasi juga merupakan cawangan kedua di Sela­ngor dan Johor.

Katanya, pembukaan cawa­ngan baharu itu dijangka dapat meningkatkan capaian CBP kepada pelanggan sedia ada dan baharu di samping memberi pi­lihan perkhidmatan perbankan kepada masyarakat setempat.

“Dengan jumlah keanggotaan individu melebihi 84,000 dan anggota koperasi berjumlah 672 di seluruh negara, ia membuktikan CBP merupakan sebuah institusi kewangan yang telah mula menerima kepercayaan dan keyakinan masyarakat.

“Pembukaan cawangan-cawangan CBP akan menjadi pendorong sema­ngat untuk seluruh warga CBP supaya terus meningkatkan prestasi perniagaan CBP dan memberi per­khidmatan terbaik kepada pelanggan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohd. Nor, pembukaan dua cawangan baharu di Selangor dan Johor itu juga akan menjadi platform kepada masyarakat setempat menyumbang kepada perkembangan gerakan koperasi di Malaysia.

“CBP mempelawa masyarakat di sekitar Batu Pahat dan Kuala Selangor untuk menjadi anggota dan pelanggan kami. Mereka yang berminat boleh menghubungi talian 1-300-88-7650 atau melayari laman web http://www.cbp.com.my.