Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Mohd. Nor Abdul Razak berkata, ketika ini CBP memiliki 22 cawangan dengan dua cawangan baharu dibuka di Kuala Selangor dan Batu Pahat.

Beliau berkata, kedua-dua cawangan tersebut yang telah mula beroperasi juga merupakan cawangan kedua di Sela­ngor dan Johor.

Katanya, pembukaan cawa­ngan baharu itu dijangka dapat meningkatkan capaian CBP kepada pelanggan sedia ada dan baharu di samping memberi pi­lihan perkhidmatan perbankan kepada masyarakat setempat. - UTUSAN ONLINE