Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Chung Chee Leong berkata, ICP itu akan diterbitkan di bawah struktur Komoditi Murabahah yang mana hasil daripada terbitan tersebut akan digunakan untuk membiayai pembelian pembiayaan Islam rumah daripada sistem kewangan.

Katanya, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2018 Malaysia yang diumumkan baru-baru ini menunjukkan pertumbuhan kukuh 4.7 peratus meskipun persekitaran pasaran yang mencabar tahun lepas.

“Momentum belian kukuh daripada pelabur dalam pasaran bon domestik dapat dilihat seperti yang dibuktikan daripada lelongan Sekuriti Kerajaan Malaysia baru-baru ini dengan nisbah bida kepada perlindu­ngan hampir 2.6 kali.

“Oleh itu, terdapat kesan limpahan dalam segmen bon korporat yang menyumbang kepada kejayaan penetapan harga syarikat bagi ICP tiga bulannya,” katanya dalam kenya­taan di sini hari ini.

Ujar beliau lagi, ICP itu mendapat sambutan mengga­lakkan daripada institusi kewa­ngan dan telah dimuktamad­kan menerusi tawaran saham persendirian.

Dengan peningkatan kadar hasil dalam pasaran tempatan ditambah dengan pengukuh­an ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), ICP itu secara kompetitif berharga se­tara dengan penanda aras kadar KLIBOR tiga bulan tempatan, yang ketika ini berada pada 3.69 peratus.

“Kertas-kertas ini yang akan ditebus semula pada nilai nominal penuhnya selepas kematangan, adalah obligasi tidak bercagar syarikat, berada di kedudukan setara dalam kalangannya sendiri dan dengan semua obligasi tidak bercagar sedia ada lain syarikat,” katanya.