Peruntukan yang tinggi itu mencerminkan komitmen DRB-Hicom kepada universiti bagi melahirkan pelajar yang mahu berjaya dalam industri automotif.

“Ini merupakan jumlah yang sangat besar, ini bermakna mereka sanggup melepaskan pendapatan dari bahagian RM52 juta untuk tiga tahun akan datang dan membuktikan Kumpulan DRB amat komited ke atas pembangunan negara de­ngan menarik bakat yang sesuai untuk memasuki DHU,” katanya dalam satu temu bual baru-baru ini.

“Biasiswa itu akan merangsang minat belia untuk melibatkan diri dalam sektor automotif,” katanya dalam satu kenyataan yang mengandungi petikan temu bual tersebut.

Dr. Omar mahu menolak tanggapan golongan belia bahawa Sains Kejuruteraan adalah sukar dipelajari.

“Negara mengalu-alukan golongan belia yang berminat dengan sains serta kejuruteraan, dan mereka boleh memasuki universiti seperti DHU.

“DHU mahu memacu anda, kewujudan DHU bertujuan untuk memberikan pendidikan dan kemahiran terbaik, anda tidak perlu khuatir dengan tanggapan bahawa subjek ini sangat sukar. Bersama-sama, kita akan harungi proses pendidikan seperti ini bagi membina sebuah negara yang maju pada masa hadapan.

“Kumpulan DRB-Hicom telah pun membolehkan kita untuk memberikan separa biasiswa ber­jumlah RM15,000 bagi setiap pelajar Sarjana Muda, ini bermakna pelajar tidak perlu membayar melebihi RM15,000 daripada apa yang perlu,” katanya.

DHU juga memberikan biasiswa sebanyak RM10,000 kepada para pelajar diploma manakala bagi pelajar asasi, kita berikan yuran tuisyen hampir percuma untuk program satu tahun mereka di sini.

Katanya, terdapat 100 jenis biasiswa termasuk yuran pengajian percuma serta beberapa elaun khusus untuk pelajar yang datang dari Kumpulan B40, yang mana pendapatan keluarga berada di sekitar RM4,000 atau RM8,000 dan ke bawah. Kumpulan ini ada sebanyak 100 orang setiap tahun.

DHU yang terletak di Kompleks Automotif DRB-Hicom di Pekan, merupakan satu-satunya universiti dalam negara ini yang memberikan penekanan kepada automotif.

Ditubuhkan sebagai Kolej Automotif Antarabangsa Malaysia pada 2010, ia memperoleh status universiti sepenuhnya pada Oktober 2015 dan menawarkan program daripada peringkat asas sehingga ke doktor falsafah.

Dr. Omar memuji DRB-Hicom kerana berani untuk menubuhkan dan melabur ke dalam sebuah institusi pendidikan tinggi yang bersifat teknikal tetapi berkapasiti untuk berkembang sebuah universiti penuh, DRB-Hicom telah melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan mengeluarkan nilai biasiswa sebanyak RM52 juta untuk 3,000 pelajar bagi tempoh tiga tahun akan datang.

DRB-Hicom telah membuat perkara yang terbaik bagi pendidikan tinggi di Malaysia, khususnya untuk meningkatkan profil Latihan dan Pendidikan Vo­kasional Teknikal negara ini bagi melahirkan “jurutera berkemahiran tinggi yang boleh diserap ke dalam sektor automotif pada masa akan datang.”

“Perbezaan antara universiti awam dan universiti swasta seperti DHU adalah kita merancang kurikulum universiti untuk asas dan kejuruteraan, yang membolehkan kita memenuhi cita-cita pelajar terbabit.

“Jika pelajar mahu mendapat ijazah dalam perkhidmatan teknologi automotif dengan kelulusan minima bagi memasu­ki universiti, mereka boleh memasuki program seperti itu dengan mudah, menumpukan minat dan mungkin akan menjadi pelajar yang sangat berjaya,” katanya sambil menambah bahawa DHU membolehkan pelajar yang berminat dengan sektor automotif untuk mendapatkan apa yang mereka cita-citakan dan kemudian mencerahkan prospek kerja mereka. – BERNAMA