Bellew dilaporkan akan memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi pada 1 Disember ini dan bertanggungjawab terhadap operasi pesawat, kejuruteraan dan pengendalian di bahagian darat tetapi lebih khusus kepada melahirkan juruterbang, latihan dan pembangunan karier.

Dalam masa sama, beliau juga bertanggungjawab untuk memastikan kegagalan yang dibuat oleh juruterbang Ryanair sebelum ini pada awal September lalu tidak berulang.

“Saya amat teruja untuk kembali ke Ryanair dan mengambil cabaran ini untuk memastikan operasi berkembang dengan lebih mapan. Saya melihat untuk bekerjasama dengan semua pasukan dan krew yang saya kenali dengan baik selama ini untuk membantu perkembangan Ryanair mencapai 600 pesawat dalam tempoh enam tahun akan datang,” katanya dipetik dalam laporan The Irish Time. - UTUSAN ONLINE