Kenyataan tersebut menyebut, penubuhan majlis itu adalah susulan tamatnya tempoh perkhidmatan Pengarah Urusan/Presidennya, Datuk Zulkiflee Abbas Abdul Hamid pada 2 April hadapan, dan sudah mula bercuti, hari ini.

Sehubungan dengan itu, Lembaga Pengarah Bank berkenaan dalam mesyuaratnya memutuskan untuk menubuhkan Majlis Eksekutif berkuatkuasa pada 27 Februari 2019 sehingga PengarahUrusan/Presiden baharu dilantik, kata kenyataan itu lagi.

Majlis yang bersifat interim ini dianggotai oleh tiga orang pengurus kanan Bank Rakyat iaitu Ketua Pegawai Operasi (Perniagaan), Datuk Amirudin Abdul Halim; Ketua Pegawai Kewangan, Nor Haimee Zakaria; dan Ketua Pegawai Perbankan Perniagaan, Abdul Razak Abu Bakar. - UTUSA ONLINE