Aplikasi baharu Apple TV itu ditawarkan di lebih 100 negara manakala AirPlay 2 pula mendapat sokongan di 176 negara.

“Pengguna (televisyen pintar) Samsung Smart TV akan dapat menikmati kemudahan Apple TV+, khidmat langganan video asli Apple menerusi aplikasi Apple TV itu di rangkaian model televisyen yang sama,” katanya dalam satu kenyataan. -BERNAMA