Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, sasaran tersebut mampu dicapai dengan kerjasama semua pihak termasuk Angkasa dan agensi-agensi kerajaan berkaitan.

"Bagi Angkasa sendiri kita telah menubuhkan satu pasukan  jawatankuasa khas  ke arah pelan dan langkah bagi mencapai sasaran pada tahun hadapan.

"Pada 2018 kita menjangkakan perolehan kira-kira RM42 bilion dan kita memerlukan kira-kira RM13 bilion lagi untuk mencapai sasaran,"katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Kursus Induksi Koperasi Anggota Baru Angkasa Negeri Selangor di Hotel Seri Malaysia di sini semalam.

Yang hadir sama, Timbalan Pengerusi Angkasa Selangor, Shahri Siwer dan Setiausaha Perhubungan Angkasa Selangor, Prof. Dr. Mansor Ahmad.

Baru-baru ini Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof. meningkatkan sasaran perolehan daripada RM50 bilion kepada RM55 bilion menjelang 2020.

Sementara itu, Abdul Fattah menggesa kerajaan agar segera menukarkan nama Kementerian Pembangunan Usahawan kepada Kementerian Koperasi dan Pembangunan Usahawan.

Katanya, langkah itu amat bertepatan dalam usaha mengiktiraf peranan besar koperasi yang mempunyai kira-kira  6.5 juta ahli. - UTUSAN ONLINE