Syarikat itu berkata, kontrak tersebut adalah bagi pembinaan pembangunan kediaman awam yang dicadangkan terdiri daripada dua blok pangsapuri 16 tingkat dan 17 tingkat (463 unit), tiga tingkat tempat letak kereta dan blok kemudahan awam di PT 4284 (zon 7C) serta kerja-kerja menaik taraf di sebahagian daripada kawasan hijau dan zon penampan Presint 11 Putrajaya.

"Kontrak tersebut adalah bagi tempoh selama 34 bulan dan dijangka selesai menjelang November 2021," katanya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE