AirAsia
 

Syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata, untuk itu, sebarang tempahan penerbangan tidak dapat dijalankan semasa tempoh naik taraf berkenaan bermula jam 2.00 petang pada hari Sabtu, 19 Januari 2019 hingga 3.00 pagi pada hari Ahad, 20 Januari 2019 di laman airasia.com, aplikasi mudah alih AirAsia, pusat jualan, kaunter dan pusat panggilan AirAsia.

Katanya, para tetamu juga tidak akan dapat mendaftar masuk melalui laman web, aplikasi mudah alih dan kiosk di lapangan terbang atau mengurus tempahan mereka sehingga proses naik taraf berkenaan selesai.

“Semua tetamu yang bakal membuat perjalanan dalam tempoh ini dinasihatkan untuk mendaftar masuk secara dalam talian sebelum tempoh naik taraf ini dan mencetak pas masuk penerbangan, atau menggunakan pas masuk elektronik di perkhidmatan tersebut tersedia.

“Daftar masuk melalui laman web dan aplikasi mudah alih boleh dibuat 14 hari sebelum tarikh penerbangan untuk semua penerbangan AirAsia dan AirAsia X.

“Para tetamu juga disarankan untuk tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya 3 jam sebelum waktu penerbangan yang dijadualkan untuk mengelakkan sebarang kesulitan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

AirAsia berkata, orang ramai boleh mengikuti AirAsia di Twitter (@AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia), atau hubungi @AirAsiaSupport di laman Twitter untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai AirAsia. - UTUSAN ONLINE