.
 

Menurut kenyataan bersama hari ini, platform berpangkalan di Malaysia dan Singapura itu menawarkan pendekatan serampang dua mata bagi pe­ngurusan aset tetap melalui platform awan serta menerusi perkhidmatan nilai tambah dalam membantu syarikat.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, IsItUp.com di­pilih berdasarkan ko­­­mitmennya dalam me­laksanakan penyelesaian yang memaksimumkan nilai dan penjimatan kos serta ketelusan melalui pe­ngesanan mengikut wak­tu sebenar.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif IsItUp.com, Andrew Diamond berkata: “Bekerja de­ngan Air­­Asia merupakan sa­tu pengesahan nilai tambah kepada platform dan perkhid­matan kami untuk pelanggan sya­­rikat dan ia turut seiring dengan penumpuan IsItUp.com terhadap penyatuan nilai dan inovasi.”

Setakat ini, platform dan perkhidmatan IsItUp telah menarik minat beberapa syarikat besar di seluruh Asia walaupun perniagaan itu lebih me­nyasarkan perusahaan kecil dan sederhana. – BERNAMA