.
 

Ketua Komersial AirAsia Berhad, Spencer Lee berkata, sebagai syarikat penerbangan rasmi ASEAN, pihaknya akan terus menyokong inisiatif untuk menggalakkan orang ramai berkunjung ke rantau berke­naan.

Beliau berkata, pihaknya yakin pelancaran kempen Visit [email protected] dapat menyumbang kepada sasaran 121 juta pelancong melawat rantau itu sempena ulang tahun ke-50 penubuhannya.

“Cara terbaik untuk menikmati keindahan Asia Tenggara adalah melalui ASEAN PASS AirAsia yang membolehkan peme­gang pas melancong ke semua negara ASEAN pada kadar tetap.

“Para pelancong juga diga­lakkan membuat pratempahan bagi set makanan kombo Santan dengan hanya RM10 serta diberi pelbagai pilihan minuman secara percuma,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Lee, tempahan dibuka pada 15 Februari bermula pukul 10 pagi dan berakhir 17 Februari pukul 12 tengah hari.

“Sebanyak 10 destinasi tersedia untuk dilawati seperti Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

“Rantau ASEAN menawarkan keindahan alam, kebudayaan dan aktiviti yang pastinya menjanjikan pengalaman baharu dan kenangan manis kepada pengunjung,” katanya.

Orang ramai boleh melayari laman web www.facebook.com/AirAsia dan www.twitter.com/AirAsia bagi mendapatkan promosi dan aktiviti terkini daripada AirAsia.